Menjelang penghujung Syawal ini, makin banyak pula undangan ke majlis rumah terbuka diterima terutama hari ini dan esok.

Semua pihak berlumba-lumba anjurkan majlis sebegini sampaikan SS keliru memilih nak pergi yang mana satu.

SS faham matlamat majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim. Namun dengan keadaan jalan raya yang sesak teruk kebelakangan ini buatkan SS rasa lebih seronok duduk diam-diam dalam rumah daripada keluar ke mana-mana.

Bagaimanapun, dalam pada sibuk dengan undangan ke majlis rumah terbuka, tiba-tiba meja RAP turut didatangi undangan ke majlis akad nikah pemain gitar kumpulan 6ixth Sense, Mohd Faiz Azizi atau Gjie dan pasangannya Farah Nabila Selamat.

Majlis bersejarah pasangan ini akan berlangsung di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang ini.

Namun, ia hanya dibuat kecil-kecilan untuk kaum keluarga terdekat kerana majlis resepsi akan dibuat pada tarikh lain.

Alhamdulillah sejuk hati SS apabila mendengar Gjie bakal bergelar suami orang. SS tengok Farah pun memang cantik. Sememangnya mereka sangat sepadan berdua.

SS puji cara Gjie yang bersikap ‘low profile’ dalam hal begini. Bukan seperti sesetengah artis yang bukan main lagi pukul canang konon bercinta dan bakal berkahwin, tup tup akhirnya tak jadi. Yang sedihnya selepas itu masing-masing memburukkan sesama sendiri.

SS ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Gjie. Semoga dia tenang apabila berdepan dengan tok kadi nanti serta SS mendoakan rumah tangga yang dibinanya kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

SS: Tunggu bila agaknya Nora Danish nak buka mulut bercerita berkenaan perancangan melangsungkan perkahwinan dengan Nedim.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 5:00 AM