Sama ada artis ini dan pasangannnya menjalin cinta, sukar SS tafsirkannya. Namun, tak dinafikan hubungan dijalin agak rapat.

Bahkan, mengikut cerita disampaikan seorang teman kepada SS, artis ini dan pasangannya sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Bukan sekadar muncul bersama pada majlis hiburan dihadiri, pasangan terbabit juga khabarnya sering bersiar-siar dan keluar membeli-belah berdua.

SS yang mendengar cerita disampaikan teman itu hanya mampu tersenyum. Bukan apa, agak janggal rasanya jika hubungan atas dasar persahabatan dijalin serapat itu.

Jika menjadi peneman untuk hadir pada majlis hiburan, SS masih boleh menerimanya sebagai alasan. Namun, kalau bersiar-siar dan pergi membeli-belah berdua, itu sudah keterlaluan.

Bagi SS, tiada salahnya untuk artis itu dan pasangannya mengaku mereka bercinta. Ditambah, perasaan cinta itu pun sudah sinonim dengan manusia.

Apapun, tepuk dada dan tanya selera. SS sentiasa memandang positif dan yakin suatu hari nanti apabila tiba masa sesuai pasti artis itu membuat pengakuan eksklusif.

SS: Dengarnya ramai artis akan aktif berniaga sepanjang Ramadan nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 9:41 AM