Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Pak Ali Padang Temu, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, mangsa berusia 30-an maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Menurut saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Anip, 24, mangsa yang menaiki motosikal seorang diri dirempuh kereta yang hilang kawalan dari arah berentangan.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak kira-kira 10 meter ke bahu jalan dan meninggal, manakal pemandu kereta mengalami cedera parah di bahagian kepala," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah mengsahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 5:54 PM