Wan Hassan (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas polis pada sidang media di IPD SPS di Sungai Jawi, Pulau Pinang. FOTO Mohd Kamil Rahim
Wan Hassan (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas polis pada sidang media di IPD SPS di Sungai Jawi, Pulau Pinang. FOTO Mohd Kamil Rahim
Oleh Salman Hamat


Nibong Tebal: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM100,000 dan enam butir peluru 9mm dari seorang lelaki berusia 41 tahun hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Sanglang dekat sini pada 11 pagi, Rabu lalu.

Antara dadah dirampas ialah Ketamin seberat 1.12 kilogram (kg), syabu 57.12 gram, 1,078 biji pil ectasy dan pil eramin 5.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan selama seminggu.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif berada dibawah pengaruh dadah dan dia ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

"Siasatan diteruskan terhadap suspek berhubung pemilikan enam butir peluru yang turut dirampas dalam serbuan sama," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah berkenaan diperolehi dari sindiket pengedaran di negeri ini dan diedarkan untuk pasaran tempatan serta daerah Kerian, Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 11:39 AM