TELEFON pintar ASUS ZenFone 2 Laser 5.5 dapat menawarkan rakaman gambar lebih jelas kamera PixelMaster 13MP bersama ciri auto-fokus laser bahagian belakang.

Kamera PixelMaster 13MP juga mempunyai ciri auto-fokus laser bahagian belakang untuk rakaman beresolusi tinggi serta-merta. Lensa ‘wide-aperture’ f/2.0 – tambahan teknologi auto-fokus laser membolehkan pengguna membuat rakaman dalam masa 0.03 saat.

Mod cahaya malap PixelMaster menggunakan teknologi cantuman piksel untuk merakam gambar pada waktu malam yang 400 peratus lebih cerah, atau dalam keadaan cahaya malap tanpa memerlukan ‘flash’.

Namun, jika ‘flash’ diperlukan, ZenFone 2 Laser dilengkapi ‘Real Tone flash’ bagi memastikan tona kulit yang lebih hangat dan warna yang tepat.

Kamera PixelMaster ZenFone 2 Laser turut memiliki mod ‘Backlight’ (Super HDR) bagi merakam gambar jelas yang menerima pendedahan sama rata dalam keadaan cahaya belakang yang mencabar seperti portrait ketika matahari terbenam.

Teknologi peningkatan pixel mempertingkatkan kontras sehingga 400 peratus dan ia memastikan bahawa subjek latar depan menonjol dengan jelas dan bebas dari bayang-bayang.

Bagi mereka yang ingin kawalan mendalam terhadap ketetapan kamera seperti ISO, kelajuan ‘shutter’ dan banyak lagi, mod manual menawarkan pengguna pengalaman seperti DSLR dari telefon pintar masing-masing.

Dengan paparan 5.5 inci, telefon pintar ini mempunyai resolusi HD Penuh sehingga 1280 x 720-piksel.

Ia juga menggunakan Corning Gorilla Glass 4 terbaru untuk tahap kalis cakaran, kekuatan dan ketahanan harian tertinggi.

Selain itu, ia mempunyai pemproses Qualcomm Snapdragon 64-bit tahap quad-core bersama sehingga 3GB memori.

Sistem operasi ASUS ZenUI juga mempunyia lebih 1,000 penambahbaikan.

Versi terbaru ini menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan bijak, bersama rekaletak bergaya yang memanfaatkan ruang putih untuk rekaan yang lebih menyenangkan di mana maklumat ditempatkan di tengah-tengah paparan untuk pengalaman penggunaan yang mudah dan lebih bijak.

Ciri baru lain termasuk ZenMotion, SnapView, ciri keselamatan Trend Micro dan fungsi Kemaskini Segera ZenUI yang mempertingkatkan keselesaan penggunaan; memastikan keselamatan dan privasi; dan memberikan pengalaman pengunaan yang lancar.

ZenFone 2 Laser juga membolehkan sesiapa sahaja mengubah antaramukanya bagi memadankan ia dengan gaya dan pilihan peribadi, dan ia meliputi pelancar ZenUI, tema, font, ikon dan banyak lagi.

ASUS ZenFone 2 Laser 5.5 kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM799.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 7:58 AM