Afiq Hanif

Jika sebelum ini ASUS melancarkan tiga model dari Zenfone 3, kini ia menambah dua lagi varian daripada model sama iaitu Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Max yang dilancarkan di Vietnam, baru-baru ini.

Zenfone 3 Laser mempunyai keupayaan kamera luar biasa apabila mampu melancarkan ultra laju 0.03s bagi fokus automatik yang membolehkan rakaman aksi bergerak lebih dirakam.

Sensor yang diguna pakai pada telefon ini hasil rekaan Sony IMX214 dengan resolusi 13 megapiksel yang sudah pasti lengkap dengan teknologi PixelMaster 3.0.

Skrin 5.5 inci yang ditawarkan datang dengan RAM sebanyak 4GB dan kapasiti storan 32GB secara dalaman.

Manakala Zenfone 3 Max direka dengan kemasan aluminium sepenuhnya di samping skrin 5.2 inci manakala RAM pula 3GB.

Menariknya mengenai Zenfone 3 Max adah keupayaannya mengecas peranti lain dengan kuasa bateri 4100mAh yang ada pada telefon terbabit.

SPESIFIKASI:

ASUS ZENFONE 3 LASER

Harga: Anggaran RM1,059

RAM: 4GB

Skrin: 5.5 inci FHD

Storan: 32GB, slot kad microSD

Kamera: 13MP, 5MP

OS: Android 6.0, ZenUI 2.0

Pengimbas cap jari: Ada

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 430 octa core

ASUS ZENFONE 3 MAX

Harga: Anggaran RM795

RAM: 3GB

Skrin: 5.2 inci HD

Storan: 32GB, slot kad microSD

Kamera: 13MP, 5MP

OS: Android 6.0, ZenUI 2.0

Pengimbas cap jari: Ada

Pemprosesan: Mediatek MT6737 quad core 1.3GHz

Bateri: 4100mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 12:30 PM