ZENFONE Selfie
ZENFONE Selfie

PERANTI ASUS ZenFone Selfie sesuai dengan trend terkini iaitu rakaman foto 'selfie' atau gambar sendiri menggunakan telefon pintar tanpa keperluan memiliki kamera kompak.

Malah ZenFone Selfie dapat merakamkan gambar mengagumkan walaupun pada kamera depan dengan kedua-dua kamera mempunyai resolusi 13 megapiksel dan kemampuan merakam foto format HDR.

Ciri lain termasuk flash Real Tone dwi-LED bagi depan dan belakang dan fokus Laser sepantas 0.03 saat bagi kamera belakang.

Selfie juga senang dirakam dengan ciri Zen Motion yang hanya memerlukan gerak isyarat huruf ā€˜Sā€™ pada skrin, senyum dan rakam.

Mod Kecantikan masa sebenar pula memasukkan glamor segera sekali gus mempertingkatkan kehebatan setiap selfie anda.

Sementara itu, dengan mod Selfie Panorama, foto selfie dapat dirakam dengan pemandangan selebar 140 darjah

ZenFone Selfie juga mampu merakam foto jarak dekat dengan fokus makro sehingga 6 sentimeter.

Sementara itu, skrin HD IPS 5.5 inci turut mempunyai resolusi 1920 x 1080 piksel untuk warna yang lebih menarik dan ciri terperinci serta penggunaanCorning Gorilla Glass 4 yang lebih lasak.

Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android 5.0 (Lollipop) juga mempunyai dua slot kad SIM serta kad mikroSD, RAM 3GB dan kuasa pemproses Qualcomm Snapdragon Octa-core untuk imbangan terbaik di antara prestasi multimedia dan keberkesanan bateri.

ZenFone Selfie ditawarkan dengan warna biru, emas, kelabu, merah, putih dan merah jambu pada harga RM1,049.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 7:28 AM