ANTARA senjata yang dirampas. FOTO Fardy Bungga
ANTARA senjata yang dirampas. FOTO Fardy Bungga
Oleh Fardy Bungga


Kajang: Polis Kajang menyelesaikan lima kes termasuk dua kes bunuh dengan tertangkapnya tujuh individu geng 'Jimmy Boy' di Batu 12 Jalan Cheras dan kampung Baru, Balakong , semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, enam yang ditahan adalah warga tempatan manakala seorang daripada warga Myanmar yang memegang kad UNHCR.

Menurutnya, kumpulan berkenaan terbabit dalam dua kes bunuh di Sungai Long April lalu selain jenayah kekerasan samun dan peras ugut serta jenayah dadah.

"Turut dirampas senjata yang digunakan dalam kegiatan jenayah kumpulan terbabit antaranya pedang samuraidan parang panjang.

"Polis akan memohon tahanan reman terhadap semua suspek hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Seksyen 307 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 1:15 PM