Oxlade-Chamberlain (jersi putih) meledak jaringan ketiga England menentang Lithuania. - PIX Reuters
Oxlade-Chamberlain (jersi putih) meledak jaringan ketiga England menentang Lithuania. - PIX Reuters

Vilnius: England mencatat rekod bersih menang semua 10 perlawanan kempen kelayakan Euro 2016 untuk melengkapkan laluan ke Perancis dengan kejayaan 3-0 menewaskan Lithuania awal pagi tadi.

Biarpun skuad Roy Hodgson sudah menempah tiket ke kejohanan itu tahun depan tetapi mereka mahu mengekalkan rekod 100 peratus sebelum undian final Euro 2016 dilakukan Disember depan.

"Pemain mewakili kami pada perlawanan itu melaksanakan tugas dengan baik dan perlu merasakan ada peluang dipertimbangkan ke Perancis tahun depan," kata Hodgson.

England membuka jaringan melalui Ross Barkley pada separuh masa di Stadium LFF.

Penjaga gol Lithuania Giedrius Arlauskis tidak bernasib baik tertampan sepakan Harry Kane yang masuk gol sendiri untuk gol kedua Three Lions sebelum Alex Oxlade-Chamberlain meledak jaringan babak kedua melengkapkan kemenangan.

Pencapaian menjadikan England pasukan keenam menang semua perlawanan dalam kempen kelayakan Eropah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 2:04 PM