Fazli cari kemenangan kedua selepas Temerloh. - Pix GPMalaysia.com
Fazli cari kemenangan kedua selepas Temerloh. - Pix GPMalaysia.com
Oleh Esme Johari Wahab


Kuala Lumpur: Pelumba berpengalaman Ahmad Fazli Sham mahu mencari kemenangan kedua CP130 dalam Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM Malaysia yang akan berlangsung di Serdang, hujung minggu ini.

Litar pertama kali digunakan sepanjang 1.1 kilometer terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) memiliki 10 selekoh yang pasti memberi cabaran baru buat pelumba kategori itu dan 115cc.

“Pasukan membuat persiapan terbaik menghadapi perlumbaan. Saya mesti cepat belajar mengenai litar dan mendapatkan pelarasan sesuai untuk perlumbaan,” kata penunggang pasukan Yamaha Maju Motor dan juara dua kali Cub Prix itu sebentar tadi.

Fazli Sham, juara 2007 dan 2008 ketinggalan 25 mata di belakang adiknya Ahmad Fazrul Sham atau ‘Tintoi’ mengumpul 95 ketika saingan berbaki dua pusingan.

Perlumbaan pusingan ketujuh di Teluk Intan pada 20 September lalu dibatalkan akibat hujan lebat dan angin kencang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 4:41 PM