AKSI Malaysia menentang Arab Saudi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Shah Alam pada 8 September tertangguh akibat kekecohan pada akhir saingan. FOTO Osman Adnan
AKSI Malaysia menentang Arab Saudi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Shah Alam pada 8 September tertangguh akibat kekecohan pada akhir saingan. FOTO Osman Adnan
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda CHF40,000 (RM180,000), amaran dan satu perlawanan berlangsung tanpa penonton ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan insiden kekecohan ketika perlawanan menentang Arab Saudi di pada 8 September lalu.

Malah Arab Saudi diberikan kemenangan 3-0 ke atas Malaysia dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2018/2019 di Stadium Shah Alam itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Jawatankuasa Disiplin FIFA mensabitkan FAM dengan kesalahan sehingga perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-88.

FAM didapati bertanggungjawab terhadap tindakan penyokong yang melanggar peraturan pertandingan itu.

Hukuman berkenaan menyebabkan aksi di tempat sendiri menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 17 November akan berlangsung tanpa penonton.

Pada 8 September lalu, perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi dihentikan, ketika skuad negara ketinggalan 1-2, apabila segelintir penyokong membaling bom asap, membakar suar dan mercun ke arah padang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 4:33 PM