KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan polis
KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan polis
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Pekan: Tiga lelaki termasuk anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 84 Jalan Kuantan-Segamat, 7. 50 pagi tadi.

Mangsa, anggota tentera yang juga pemandu Satria, Muhamad Khairul Maslehan, 21, berasal dari Parit Raja, Johor

Dua lagi, Osman Bin Abu Bakar, 53 dari Muadzam Shah,53, dan anak saudaranya,

Muhamad Yunus Hanafi, 31, dari Sungai Lembing, yang juga penumpang dan pemandu Perodua Alza.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, ketika kejadian, Muhamad Khairul yang memandu Proton Satria datang dari arah Kuantan tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Alza.

"Akibatnya, semua mangsa maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk urusan pengkebumian," katanya ketika di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 2:13 PM