Mayat tiga mangsa yang terbunuh. - - Foto IHSAN BOMBA
Mayat tiga mangsa yang terbunuh. - - Foto IHSAN BOMBA
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan dekat  Kampung Sibuluh, Bau, Sarawak, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Sibuluh, Bau, Sarawak, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Bau: Dua lelaki Indonesia dan seorang pegawai Jabatan Imigresen maut dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Bau-Lundu, berhampiran Kampung Sibuluh di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5 petang tadi, pemandu Perodua Alza yang juga pegawai imigresen bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Biawak, Lundu, Weley Gikian, 40, serta dua penumpang warga Indonesia, Isa Joni, 31, dan Mulyanto Sahri, 43, maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Axia dan Perodua Alza.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dipandu Weley bersama tiga penumpang Indonesia dari arah Lundu, memasuki laluan bertentangan dan merempuh Perodua Axia.

"Perodua Alza terbabas dan terbalik ke dalam gaung menyebabkan pemandu dan dua penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penumpang cedera ringan.

"Pemandu Perodua Axia, seorang lelaki dan seorang penumpang wanita dalam perjalanan ke Lundu, hanya cedera ringan," katanya.

Alexon berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Aka Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Ebby Hirwandy Sarbini berkata, bomba mengambil masa sejam 35 minit untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam Perodua Alza.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 11:23 PM