MATAHARI kelihatan merah akibat cuaca jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 180 di Kuala Lumpur berada pada paras tidak sihat. FOTO Saddam Yusoff
MATAHARI kelihatan merah akibat cuaca jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 180 di Kuala Lumpur berada pada paras tidak sihat. FOTO Saddam Yusoff
Oleh Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Shah Alam merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 308 diikuti Batu Muda Kuala Lumpur (271), Petaling Jaya (256), Banting (249), Pelabuhan Klang (243) dan Putrajaya (235)

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), 24 lagi direkodkan IPU tidak sihat berbanding 29 kawasan malam tadi.

Kawasan merekodkan bacaan tidak sihat ialah Seremban (200), Nilai (198), Port Dickson (190), Cheras (184), Bukit Rambai (176), Bandaraya Melaka (173),SK jalan Pegoh Ipoh (175), Kuala Selangor (171), Seberang Jaya 2 (166) dan USM (162).

Turut menunjukkan tidak sihat ialah Jalan Tasek Ipoh (156), Bakar Arang Sungai Petani (148), Muar dan Alor Setar (147), Kemaman (145) mankala Jerantut dan Kampung Air Putih Taiping (143).

Bacaan direkodkan di Perai ialah 140, Balok Baru Kuantan (134), Paka (129), Seri Manjung (121), Kuala Terengganu (115), Indera Mahkota (114) dan Larkin Lama (101).

Sebanyak 14 kawasan mencatatkan bacaan sederhana antara 52 hingga 99 manakala lapan lagi pada tahap baik antara 25 hingga 50.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 10:23 AM