KUALA LUMPUR 06 September 2015. Orang ramai beriadah pada hujung minggu dalam keadaan jerebu di sekitar Kuala Lumpur dengan bacaan Indek Pencemaran Udara 171 pada jam 3 petang. STU/ Faris Saad
KUALA LUMPUR 06 September 2015. Orang ramai beriadah pada hujung minggu dalam keadaan jerebu di sekitar Kuala Lumpur dengan bacaan Indek Pencemaran Udara 171 pada jam 3 petang. STU/ Faris Saad
SEORANG lelaki berbasikal dalam keadaan jerebu di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO Bernama
SEORANG lelaki berbasikal dalam keadaan jerebu di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO Bernama
JALAN raya di sekitar Pelabuhan Klang kelihatan kurang jelas ekoran jerebu yang melanda hari ini. Bacaan IPU direkodkan pada 229 iaitu sangat tidak sihat pada 8 pagi. FOTO Faiz Anuar
JALAN raya di sekitar Pelabuhan Klang kelihatan kurang jelas ekoran jerebu yang melanda hari ini. Bacaan IPU direkodkan pada 229 iaitu sangat tidak sihat pada 8 pagi. FOTO Faiz Anuar
JEREBU jelas kelihatan di bawah cahaya lampu di landasan KLIA. FOTO Izhari Ariffin.
JEREBU jelas kelihatan di bawah cahaya lampu di landasan KLIA. FOTO Izhari Ariffin.
Oleh Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Lima kawasan yang sebelum ini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sangat tidak sihat kini semakin rendah dengan menjadikan 19 kawasan tidak sihat setakat, petang ini.

Menurut laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang tadi, bacaan IPU di Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya, Selangor yang melebihi 200 sebelum ini masing-masing berubah kepada 192, 186 dan 175.

Selain itu, bacaan IPU di Batu Muda, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menurun masing-masing kepada 190 serta 172 manakala Cheras (161), Banting (162) dan Kuala Selangor (149).

Samarahan dan Kuching, Sarawak masing-masing merekodkan bacaan IPU 144 dan 126 manakala Tanjung Malim, Perak (148), Seri Manjung (123) dan SK Jalan Pegoh, Ipoh (116).

Sementara itu, Seremban, Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU 133 diikuti Nilai (119), Port Dickson (116), Bukit Rambai, Melaka (104) serta Jerantut, Pahang (117).

Sebanyak 24 kawasan lain merekodkan bacaan IPU tahap sederhana antara 53 hingga 100 manakala enam lagi berada pada tahap baik antara 22 hingga 48 serta tiga lagi kawasan tidak menunjukkan sebarang rekod bacaan.

1 petang

Keadaan jerebu semakin membimbangkaan apabila paras bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan merekodkan tahap sangat tidak sihat melebihi 200 berbanding tiga sebelum ini.

Menurut rekod dipaparkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 11 pagi tadi, Shah Alam, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281 diikuti Pelabuhan Klang (252) dan Petaling Jaya (232).

Batu Muda, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut merekodkan tahap sama iaitu masing-masing 256 dan 206.

Kualiti udara di 13 lagi kawasan turut merosot dengan menunjukkan tahap bacaan tidak sihat iaitu Banting (190), Kuala Selangor (168) serta Cheras (183).

Di Sarawak tiga kawasan terjejas iaitu Sri Aman (188), Samarahan (145) serta Kuching (139).

Bacaan turut menunjukkan Tanjung Malim dan Seri Manjung, Perak masing-masing ialah 147 serta 123 mankala Jerantut, Pahang (122).

Di selatan bacaan di Seremban, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan ialah 152, 144 serta 131 manakala Bukit Rambai, Melaka pula masing-masing ialah 102.

Selain itu, 26 kawasan menunjukkan bacaan tahap sederhana antara 53 hingha 99 manakala lima lagi berada pada tahap baik antara bacaan 26 hingga 48.

10.30 pagi


Keadaan #jerebu sekitar #Damansara menghala ke #SriHartamas, pagi ini. VIDEO Safizan Yakin

Posted by Harian Metro * myMetro on Saturday, 26 September 2015


8 pagi

Dua kawasan di Selangor dan satu di Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemaran sangat tidak sihat melebihi 200.

Setakat 8 pagi tadi, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 243 diikuti Pelabuhan Klang (229) dan Batu Muda (224).

Kualiti udara di 15 lagi kawasan turut merosot dengan menunjukkan tahap bacaan tidak sihat iaitu Petaling Jaya (199), Banting (178), Kuala Selangor (164) serta Cheras (168).

Di Putrajaya bacaan yang direkodkan ialah 187, Sri Aman,Samarahan dan Kuching, Sarawak masing-masing 182 serta 140.

Bacaan turut menunjukkan Tanjung Malim dan Seri Manjung, Perak masing-masing ialah 131 serta 116 mankala Jerantut, Pahang (115).

Di selatan bacaan di Seremban, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan ialah 152, 140 serta 133 manakala Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka pula masing-masing 110 dan 103.

Selain itu, sebanyak 25 kawasan lagi menunjukkan bacaan tahap sederhana antara 53 hingha 97 manakala lima lagi berada pada tahap baik antara bacaan 26 hingga 49.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (melebihi 300).

tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 10:25 AM