Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Situasi jerebu di kawasan utara Semenanjung semakin teruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatatkan enam lokasi sangat tidak sihat terus meningkat.

Berdasarkan laman Web Jabatan Alam Sekitar sehingga 11 pagi tadi, bacaan IPU paling tinggi di Seberang Jaya 2, Perai iaitu 287, Sungai Petani (260), Kangar, Perlis (253), Langkawi, Kedah (248), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang (247) dan Alor Setar (243).

Manakala bilangan lokasi yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pula menurun daripada 28 kepada 26 lokasi.

Bacaan IPU tidak sihat paling tinggi adalah di Perai, Pulau Pinang (196), Seri Manjung, Perak (180), S K Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (176), Kampung Air Putih, Taiping, Perak (162), Jalan Tasek, Ipoh, Perak (159).

Lokasi lain yang masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah di Pelabuhan Klang, Selangor (157), Shah Alam (135), Petaling Jaya (110) dan Batu Muda (110).

Berita berkaitan

Jerebu lebih buruk pagi ini: http://hmtro.com/1ZYYfCg

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 1:05 PM
PEMANDANGAN di sekitar Jeti Pelabuhan Klang kelihatan kurang jelas ekoran jerebu tebal. FOTO Faiz Anuar
PEMANDANGAN di sekitar Jeti Pelabuhan Klang kelihatan kurang jelas ekoran jerebu tebal. FOTO Faiz Anuar