MURID Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu mencium tangan bapanya di perkarangan pintu masuk sekolah. Sekolah-sekolah di negeri ini mula dibuka semula seperti biasa pada hari ini selepas ditutup semalam berikutan keadaan jerebu di negeri tersebut bertambah baik. FOTO Khairunisah Lokman

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Semua sekolah yang ditutup akibat jerebu diarah buka semula seperti biasa esok.

Dalam kenyataan ringkasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu pemantauan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4 petang tadi mendapati bacaan di hampir semua kawasan menunjukkan penurunan.

Biarpun ada sedikit peningkatan di sesetengah kawasan, namun bacaan masih berstatus sederhana dan tidak sihat serta membolehkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di tempat tertutup atau bilik darjah dilaksanakan.

Begitupun, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara perlu terus memantau bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari semasa ke semasa.

Sekiranya berlaku perubahan terhadap bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti ditetapkan KPM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 6:52 PM