PEMANDU kereta tersalah memasuki lorong ketika keluar dari persimpangan lampu isyarat Gangsa.
PEMANDU kereta tersalah memasuki lorong ketika keluar dari persimpangan lampu isyarat Gangsa.
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Keadaan di laluan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di Gangsa, di sini, kecoh seketika gara-gara tindakan pemandu warga emas yang melawan arus sejauh 2.5 kilometer (km) selepas dipercayai tersalah memasuki lorong.

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, lelaki berusia 60-an yang memandu Proton Iswara sendirian dipercayai dari arah Ayer Keroh dan menghala ke Krubong.

Namun dia dipercayai tersalah memasuki lorong ketika keluar dari persimpangan lampu isyarat Gangsa dan terus memandu di lorong kanan secara melawan arus hingga mencemaskan pemandu lain.

Pengguna jalan raya Shamsiah Baharom, 29, berkata, tindakan lelaki itu membahayakan pemandu lain berikutan ketika kejadian laluan berkenaan sesak berikutan cuti perayaan.

“Dari jauh saya lihat lampu kereta terbabit yang dipandu agak laju di lorong paling kanan, saya minta suami perlahankan kenderaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:45 AM