BAS ekspress yang terbakar. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
BAS ekspress yang terbakar. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Bas ekspress tanpa penumpang dalam perjalanan ke Stesen Bas Melaka Sentral, di sini, terbakar di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh berdekatan Pusat Perniagaan Gangsa, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, bas ekspres dipandu V Karthik, 31, dari Kelemak dalam perjalanan ke Melaka Sentral untuk mengambil penumpang ke Johor Bahru.

Karthik berkata, dia sepatutnya membawa penumpang untuk perjalanan 11.30 pagi je Johor Bahru, namun apabila sampai di tempat kejadian, meter suhu bas dipandu naik lalu dia berhenti di tepi jalan.

"Sebaik tiba ke bahagian enjin di belakang, saya lihat asap tebal lalu memutuskan untuk menyimbah air sebelum mendapati api tiba-tiba marak," katanya.

Sementara Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, PBK II Mohd Shahril Zamri berkata, kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 4:16 PM