Ancelotti memiliki pengalaman luas mengendali kelab handalan Eropah.
Ancelotti memiliki pengalaman luas mengendali kelab handalan Eropah.
Calon utama Klopp belum ada kelab untuk diuruskan musim ini.
Calon utama Klopp belum ada kelab untuk diuruskan musim ini.

London: Jamie Carragher dan peminat bercanggah pendapat selepas bekas bek Liverpool itu mendakwa Brendan Rodgers memerlukan lebih banyak masa untuk mengurus skuad terbaik mencabar Liga Perdana Inggeris (EPL).

Peminat terus mempersoalkan kredibiliti pengurus terbabit selepas gagal menewaskan Norwich City di tempat sendiri kelmarin.

Sebanyak lima calon berada dalam senarai untuk mengambil alih tempat Rodgers. Jurgen Klopp diletakkan pilihan utama berbanding pengurus berpengalaman dari Itali Carlo Ancelotti.

Dalam perkembangan terbaru pemilik Liverpool Fenway Sports Group berkemungkinan akan tidak membuat sebarang perubahan terhadap kedudukan Rodgers.

Laporan The Independent menyebut John W Henry dan Tom Werner diberi amaran ‘tidak dibenarkan mengambil’ bekas pengurus Borussia Dortmund yang meninggalkan Bundesliga pada penghujung musim 2014/15. Berikut adalah lima calon bos baru Reds.

1) Ronald Koeman: Bukan calon utama tetapi sentuhannya menyelamatkan Southampton daripada tersingkir daripada EPL selepas mengambil alih tugasan di St Mary musim lalu.

2) Frank De Boer: Pilihan popular di kalangan peminat dan memiliki karier cemerlang menang pelbagai gelaran sebagai pemain dan pengurus kelab tetapi tiada pengalaman dalam EPL.

3) Garry Monk: Mempamer peningkatan konsisten sejak mengambil alih tugas Michael Laudrup di Swansea dan mengendali kelab Wales itu menghuni tangga kelapan EPL.

4) Carlo Ancelotti: Memiliki rekod cemerlang mengendali kelab handalan dunia meraih pelbagai pencapaian antarabangsa serta domestik dan terbukti berkesan pernah mengurus kelab di England.

5) Jurgen Klopp: Pilihan utama peminat untuk mengubah nasib juara 18 kali Liga Inggeris itu. Mengamalkan permainan menyerang serta pantas dan dua musim menafikan Bayern Munich menjulang gelaran Bundesliga ketika bersama Dortmund. - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 6:42 PM