Klopp anggap Liverpool kelab terakhir dikendalikannya. FOTO AP
Klopp anggap Liverpool kelab terakhir dikendalikannya. FOTO AP
ESPN

Liverpool: Jurgen Klopp memberi gambaran akan bersara selepas tugasan selaku pengendali di Liverpool berakhir.

Pengurus berusia 49 tahun itu memulakan kariernya di Mainz sebelum berada di Borussia Dortmund selama tujuh musim dengan meraih dua gelaran Bundesliga.

Dia membawa kelab sama ke final Liga Juara Juara sebelum meletak jawatan musim 2014-15.

Klopp mengikat kontrak bersama Liverpool pada Oktober 2015 selepas Brendan Rodgers dipecat. Pengurus dari Jerman itu membayangkan kelab Anfield itu akan menjadi hentian terakhirnya.

"Saya tidak akan mengendalikan 10 kelab berbeza sebaik karier pengurusan saya berakhir," kata Klopp.

"Tidak terdapat peluang terbaik menguruskan tiga kelab. Saya tidak meloncat ke sana sini dan mendapat kejayaan serta merta.

"Saya sentiasa lebih selesa memberi komitmen terhadap apa hendak dilakukan kerana ia biasanya projek untuk jangkamasa panjang."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 3:41 PM