Hamann yakin Klopp akan bangkitkan semula Liverpool dari tidur sejak sekian lama. - Pix Kicker
Hamann yakin Klopp akan bangkitkan semula Liverpool dari tidur sejak sekian lama. - Pix Kicker

Berlin: Bekas pemain tengah Liverpool Dietmar Hamann yakin bekas pengendali Borussia Dortmund Jurgen Klopp adalah calon ‘ideal’ menggantikan Brendan Rodgers.

Hamman meraih gelaran bersama Liverpool pada final Liga Juara Juara 2005 dan kini bertugas sebagai pengulas sukan di Jerman meluahkan rasa yakin terhadap rakan senegaranya itu untuk membangkitkan semula gergasi Merseyside yang sedang tidur.

"Ia mesti seorang jurulatih bertaraf antarabangsa. Dua disebut sebut adalah Carlo Ancelotti dan Klopp. Saya rasa Jurgen (Klopp) lebih sesuai," kata Hamman, 42 memberitahu German Sky Sports hari ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 11:03 PM