Di Matteo dikatakan bakal menjadi pengurus baru Liverpool. - Pix Metro
Di Matteo dikatakan bakal menjadi pengurus baru Liverpool. - Pix Metro

London: Roberto Di Matteo muncul selaku calon mengejut untuk mengambil alih tugas Brendan Rodgers di Liverpool menurut Sky Sport Italia.

Rodgers dipecat selepas Reds seri 1-1 dengan musuh setempat Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, semalam.

Di Matteo pernah menjadi bos Chelsea ketika memenangi Liga Juara Juara pada 2012 belum memiliki sebarang tugasan pengurusan sejak meletak jawatan di Schalke pada Mei lalu.

Spekulasi kedatangan Di Matteo terus menghangatkan persaingan dua calon pengganti bos Anfield selepas Jurgen Klopp dikatakan sudah mengikat kontrak tiga tahun bersama Liverpool sementara Carlo Ancelotti menafikan juara 18 kali Liga Inggeris itu menghubunginya. - Metro

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:53 PM