Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Dua belas rakan niaga runcit akan mengambil bahagian dalam Jualan Hari Sukan Negara dengan menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk semua jenis barangan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata inisiatif Jualan Hari Sukan Negara bagi menggalakkan lebih ramai rakyat terbabit secara langsung dengan sambutan 10 Oktober ini.

"Jualan Hari Sukan Negara ini akan berlangsung sebulan, bermula hari ini sehingga 18 Oktober.

"Dua belas rakan niaga runcit akan mengambil bahagian dalam jualan ini iaitu Reebok, Royal Sporting House (RSH), Asics, Al-Ikhsan, Adidas, New Balance, Explorer Outfitter, Under Armour, Garmin, UFL, World Of Sports (WOS) dan Urban Adventure, " katanya pada sidang media selepas mengunjungi beberapa kedai barangan sukan di pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Khairy berkata, Hari Sukan Negara bakal menjadi acara tahunan yang akan diadakan pada setiap Sabtu kedua Oktober dengan tahun ini menjadi tahun permulaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 1:25 PM