SELUAR berpotongan ‘culotte’ bakal menjadi pilihan wanita.
SELUAR berpotongan ‘culotte’ bakal menjadi pilihan wanita.
FESYEN seluar berwarna-warni menggantikan warna lebih malap sebelum ini.
FESYEN seluar berwarna-warni menggantikan warna lebih malap sebelum ini.
Susunan Faizatul Farlin Farush Khan


Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak laporan berita mengenai kesukaran dialami beberapa jenama fesyen terbesar di dunia bagi pasaran pakaian wanita berharga sederhana.

Jenama fesyen terkenal yang boleh didapati di pusat beli-belah mencatat jualan mengecewakan, begitu juga dengan jualan pakaian di pasar raya seperti Nordstrom dan Macy’s.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada cabaran itu antaranya musim panas yang berpanjangan pada tahun lalu menyebabkan jualan kot, but dan sarung tangan bagi musim sejuk terjejas teruk.

Pada masa sama, jenama berkenaan turut sama mengakui gaya dan potongan baju mereka tidak mengikut aliran fesyen terkini. Segelintir pula merujuk kepada isu yang menjadi punca jualan perlahan pakaian wanita di peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Eksekutif Urban Outfitters Richard Hayne, minat membeli dalam kalangan pelanggan bagi kategori pakaian dan aksesori, berpunca daripada tiada gaya terbaru yang ditampilkan.

Manakala pakar analisis industri runcit Maria Mendelsberg berkata, kekurangan gaya baru sebagai faktor yang mempengaruhi jualan peruncit musim ini.

“Jika anda melihat almari pakaian dan dapat membayangkan ramai wanita masih menggayakan gaya sama, tidak perlu sebenarnya untuk keluar dan membeli pakaian baru,” katanya.

Oleh itu, peruncit secara perlahan-lahan cuba memperkenalkan sesuatu yang baru apabila permintaan ramai terhadap jean skinny semakin lembap.

Pada Januari lalu, pakar analisis runcit, Brian Tunick dari RBC Capital Markets, mendedahkan jualan pada 2016 bakal terjejas akibat kekurangan minat pembeli sehingga berlakunya kitaran fesyen terbaru.

“Secara asasnya, ramai yang bertanya adakah kebanyakan wanita sudah semakin bosan dengan fesyen sama yang ditawarkan di pasaran,” katanya.

Menyingkap keadaan itu, perkara sama berlaku pada 2007, apabila jean skinny tiba di pasaran dan menggantikan gaya potongan but yang sudah wujud sejak 90-an.

Dengan kewujudan jean skinny, perubahan fesyen lain turut berlaku bagi mengikut aliran fesyen terbaru itu antaranya pembelian but sehingga lutut untuk digayakan bersama jean skinny.

Malah ia turut menggerakkan jualan blaus lebih beralun untuk mengimbangi gaya jean skinny yang melekap rapat pada tubuh.

Pengenalan jean skinny di pasaran membawa perubahan besar dalam penjualan pakaian wanita, malah membuatkan ramai menukar penampilan mereka secara keseluruhan untuk mengikut gaya terkini itu.

Pakaian yang melengkapkan gaya jean skinny seperti blaus pendek dan pakaian lebih santai semakin mendapat tempat dalam hati wanita.

Secara keseluruhan, seluar mengambil masa sehingga 10 tahun untuk berubah secara sepenuhnya.

Mengikut analisis berkenaan, kita sudah sampai ke zaman suram jean skinny dan ia mewujudkan cabaran baru kepada peruncit pakaian.

Ketika ini didapati jualan pakaian dengan gaya longgar dan seluar bersaiz besar melonjak sehingga 93 peratus manakala seluar beralun meningkat sehingga 78 peratus.

Malah terdapat analisis bahawa seluar jenis potongan ‘culotte’ akan menjadi gaya paling digilai wanita selepas ini.

Ini kerana potongan seluar itu yang sedikit singkat sesuai untuk dipadankan dengan gaya terkini kasut wanita antaranya but hingga paras pergelangan kaki dan kasut dengan gaya bertali.

Bagaimanapun, bukan semua berasa wanita mengalami kebosanan dan berfesyen. Ada analisis yang mengatakan terdapat pelbagai gaya terbaru di pasaran yang membuatkan wanita membeli pakaian baru sejak tiga bulan lalu.

Malah, jean skinny masih menjadi pilihan, cuma ia melalui beberapa kitaran berbeza, misalnya ia bermula dengan warna gelap dan kelabu, kemudian versi dengan warna terang selain gaya lusuh dan koyak di bahagian tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 5:19 AM