Pasti ramai sudah menghidu kisah cinta artis ini dan kekasihnya yang juga anak VIP.

SS tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi pasangan romantik itu.

Pun begitu, ada perkhabaran kurang enak SS terima baru-baru ini mengenai pasangan itu. Khabarnya, artis itu rimas apabila dirinya terlalu dikongkong kekasih hati.

Bukan saja soal kebebasan, watak dan baju yang dipakai dalam drama juga perlu mendapat lampu hijau kekasihnya.

Setiap kali ada majlis atau menghadiri sesi fotografi, artis itu akan meletakkan syarat kepada penganjur bajunya mestilah sopan kerana bimbang dimarahi buat hatinya.

Tindakan artis itu meletakkan pelbagai syarat dikatakan menyusahkan banyak pihak.

Maklumlah sebelum bercinta dengan anak VIP itu, artis itu tak pernah meletak sebarang syarat terutama bab pakaian.

Kalau sudah itu pilihannya apa nak dikata. Lagipun tampil sopan itu bagi SS perkara yang bagus dan sewajarnya semua pihak menghormati perkara itu.

Cuma bab kongkong pandai-pandailah dia berbincang dengan kekasih hati. Mungkin selepas itu mereka akan lebih memahami dan lebih terbuka.

SS: Sentiasa menghormati prinsip dan pendirian rakan artis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 5:00 AM