Hubungan artis cantik ini dan kekasihnya tidak ubah seperti 'roller coaster'. Sekejap gaduh, sekejap baik, malah berkali-kali juga mereka berpisah namun berbaik semula.

Macam-macam spekulasi timbul mengenai punca keretakan hubu­ngan mereka, termasuk kehadiran orang ketiga. Bagaimanapun, berdasarkan gambar dimuat naik di laman sosial artis ini, tak nampak pula tanda mereka putus kasih.

Namun baru-baru ini, ada sumber memaklumkan yang artis ini kecewa dan sudah lama menjeruk rasa dengan perlakuan buah hatinya.

Selama ini dia me­nyangka kekasihnya setia dan ikhlas mencintainya, rupa-rupanya dalam diam si kekasih suka melayan wanita lain.

Nak dijadikan cerita, dia sendiri menyaksikannya di depan mata. Ketika lepak minum di satu restoran, dia ternampak kereta kekasihnya masuk ke kawasan itu. Yang mengejutkan, kekasihnya ditemani wanita berpenampilan seksi.

Kejadian itu mengu­kuh­kan lagi bukti kecurangan kekasihnya selama ini. Sebelum itu dia pernah nampak gambar bukan-bukan yang tersimpan dalam telefon kekasihnya.

Berdasarkan foto itu, dia dapat mengagak aktiviti kekasih di belakang­nya. Bukan dengan seorang dua wanita, tetapi ramai.

Walaupun sedih, dia bertahan demi kasihnya terhadap jejaka itu. Namun kesabaran manusia ada had dan khabarnya, dia kini tidak tahan lalu meng­ambil keputusan mengundur diri.

Bagi Sha, baik mena­ngis sekarang daripada bersedih di kemudian hari. Setidak-tidaknya dia tahu sikap sebenar orang yang pernah dicintainya itu daripada terus tertipu. Tak gitu?

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:00 AM