Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Gambar Roslin Mat Tahir

Shah Alam: Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selesai ditandatangani, hari ini.

Perjanjian itu merangkumi Perjanjian Pajakan, Perjanjian Penyelesai dan Perjanjian Hak Guna antara Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan dibuat antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, PAAB dan Air Selangor. Ia disaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Perjanjian ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaral Zaman.

Perjanjian itu menyelesaikan kemelut berhubung penstrukturan semula industri air antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berlanjutan sejak 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 7:17 PM