Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di Pantai Timur Sabah bakal memasuki fasa ke-27 selepas dilanjutkan bermula 7 hingga 22 September depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu bagi memastikan keselamatan perairan di kawasan itu terpelihara selain kesejahteraan penduduk dan pelancong asing terjamin.

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, masih terdapat kumpulan penjenayah seperti Abu Sayyaf yang cuba menceroboh sempadan negeri bagi melakukan penculikan dan samun bersenjata.

"Dalam masa sama, pelaksanaan perintah berkurung ini juga membolehkan keadaan di sekitar Pantai Timur negeri lebih terkawal selain memudahkan tugas penguatkuasaan dilakukan terutama memantau pergerakan bot yang cuba menceroboh atau melakukan jenayah rentas sempadan," katanya, di sini, pagi tadi.

Justeru, Jalaluddin berkata, pihaknya melihat keperluan melanjutkan perintah berkurung yang kini lebih setahun dilaksanakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 9:34 AM