PENERIMA sumbangan bergambar kenangan selepas tamat program.
PENERIMA sumbangan bergambar kenangan selepas tamat program.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Kumpulan AmBank melalui kelab sukannya, Kelab AmBank Group (KAG) meraikan sambutan Aidilfitri dengan menyampaikan duit raya berserta hamper kepada 60 kanak-kanak dan belia kurang bernasib baik dari Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Kumpulan AmBank turut menyumbangkan keperluan harian kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah dan Raudhatul Maryam.

Pada Syawal lalu, KAG mengadakan majlis amal terbabit untuk membawa senyuman dan keceriaan kepada 60 anak-anak kurang bernasib baik

yang berusia enam hingga 16 tahun terdiri daripada 31 lelaki dan 29 perempuan.

Barang keperluan harian disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah dan Raudhatul Maryam adalah seperti garam, susu, gula dan minyak masak.

Selain itu, sebuah peti sejuk beku turut disumbangkan kepada Raudhatul Maryam.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank merangkap Presiden, Syed Anuar Syed Ali dan Pengarah Kawasan Wilayah Selatan, AmBank (M) Berhad, Pengurusan dan Kakitangan Wilayah Selatan AmBank Saiful Bahri Mohd Yaacob.

Sementara itu, dalam ucapannya, Syed Anuar berkata, menyambut hari raya dengan mereka yang kurang bernasib baik adalah satu daripada aktiviti yang dinanti-nantikan setiap tahun pada Syawal yang mulia.

“Ini salah satu cara kami memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik, sejajar ajaran Islam iaitu prihatin, disiplin, pengorbanan dan simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami sangat berbangga dan terharu kerana anak-anak dan belia dapat bersama kami untuk majlis ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 11:05 AM