FIZO Omar dan Fazeera Nazri Azrai
FIZO Omar dan Fazeera Nazri Azrai
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Fizo Omar hanya berkenalan dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 21 Oktober lalu.

Fizo berkata, Fazeera adalah seorang pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.

"Sebenarnya kami baru kenal setahun. Dia adalah pramugari di Doha sebelum ini dan pulang ke tanah air ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu.

"Dalam tempoh PKP kami terjumpa di suatu tempat dan ketika itulah bibit perkenalan bermula dan bercinta," katanya berkongsi perkara berkenaan dalam sesi soal jawab di Instagram Story.

Menurut Fizo, dia bersyukur kerana hubungan mereka mendapat 'lampu hijau' daripada puteri tercintanya, Wan Maryam Wan Hafizol, 4.

"Apa yang paling penting Maryam okey dengan dia," katanya.

Pada 21 Oktober lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 1:21 PM