SERAMAI 100 kanak-kanak diraikan.
SERAMAI 100 kanak-kanak diraikan.
Aniza Zainudin


SERAMAI 100 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, Cheras, Selangor diraikan dalam dua program anjuran Kelab Ambank Group (KAG) apabila berpeluang membeli-belah keperluan Aidilfitri, seterusnya menyertai majlis berbuka puasa bersama Pengerusi Ambank Group, Tan Sri Azman Hashim, baru-baru ini.

Menyemarakkan semangat perayaan adalah tujuan utama penganjuran aktiviti kebajikan tahunan ini untuk berkongsi keseronokan bersama anak kurang bernasib baik.

Kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun ini turut berkesempatan membeli pakaian hari raya seperti baju Melayu dan baju kurung di sebuah pasar raya di Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, aktiviti ini antara inisiatif program AmKasih dan tanggungjawab sosial korporat kumpulan.

MEMBELI-BELAH pakaian hari raya.
MEMBELI-BELAH pakaian hari raya.

“Ini antara aktiviti yang kami beri perhatian kerana ia memberi peluang kepada kami untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Ini seiring ajaran Islam yang menekankan elemen prihatin, berdisiplin, pengorbanan dan simpati kepada golongan yang memerlukan.

“Kami berasa gembira dengan kehadiran kanak-kanak ini dan bersama-sama memeriahkan lagi majlis bermakna kami,” katanya yang juga Penasihat KAG.

Objektif program AmKasih adalah ‘kembali’ kepada komuniti dan bertindak sebagai payung bagi semua usaha tanggungjawab sosial korporat Kumpulan AmBank untuk membantu masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 9:15 AM