ZULFADLI tidak bernaung di bawah mana-mana kelab ketika ini.
ZULFADLI tidak bernaung di bawah mana-mana kelab ketika ini.
Oleh Azlan Muhammad Zain


Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar melihat sudah tiba masanya bakat dimiliki bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli digilap Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tanpa berselindung, Khairy menamakan Zulfadli sebagai pemain yang perlu meneruskan kesinambungan Datuk Lee Chong Wei di pentas antarabangsa.

Zulfadli ketika ini bergerak bersendirian dengan dilatih bapanya Zulkiffli Sidek serta tidak bernaung bersama mana-mana kelab.

Pemain perseorangan profesional berusia 22 tahun itu turut beraksi di Kejohanan Dunia, Indonesia tetapi tersingkir di pusingan ketiga berbanding Chong Wei yang mara ke pentas final namun tewas kepada Chen Long kelmarin.

“Saya melihat Zulfadli mempunyai potensi, kita sedang berbincang untuk membawanya ke dalam sistem Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 7:25 AM