AMIRUDIN ketika ditemui di pondoknya dekat jalan Slim River-Behrang.
AMIRUDIN ketika ditemui di pondoknya dekat jalan Slim River-Behrang.
Oleh Rosman Shamsudin


Behrang: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) nekad berpindah dari rumahnya dan membina pondok buruk di tepi jalan Slim River-Behrang, 200 meter dari simpang masuk FELDA Sungai Behrang di sini, sebagai tempat berteduh kerana bimbangkan keselamatan diri selepas rumahnya sebelum ini sering dimasuki pencuri.

Amirudin Buyung, 48, yang cacat pendengaran dan tangan kanan menetap di pondok yang dibina sendiri menggunakan kayu hutan, zink dan plastik terbuang itu sejak lima bulan lalu selepas berpindah dari rumahnya di Behrang Hulu, dekat sini.

Tanpa mengetahui pemilik dan status tanah berkenaan, Amirudin mendakwa terpaksa menumpang di kawasan itu dan mendirikan pondok untuk berteduh kerana berasa sudah tidak selamat tinggal di rumah lamanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati bahagian dalam pondok itu begitu daif apabila dipenuhi pakaian lama manakala dapur pula sering tidak berasap akibat kehabisan gas dan pada waktu malam pula, dia hanya menggunakan lampu bateri untuk menerangi pondoknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:39 AM