NASIR menyediakan bot untuk berpindah.
NASIR menyediakan bot untuk berpindah.
Muhamaad Razis IsmailSiti Nor Hidayatidayu RazaliMohamad Zulhairie Manzaidir dan Siti Rohana Idris dan Syaherah Mustafa

am@hmetro com.my

Pasir Mas: “Sekarang ni tak berat (serius) lagi,” kata Nasir Ahmad, 63, penduduk Kampung Siput yang belum berpindah meskipun banjir di kawasan itu mencecah dua meter.

Sejak Isnin lalu, kawasan berkenaan ditenggelami air dan penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Namun, Nasir mempunyai alasan tersendiri tidak berpindah kerana mahu menjaga rumahnya bimbang dimasuki pencuri.

Katanya, selagi keadaan belum membahayakan dia dan beberapa jiran tidak berpindah sebaliknya menjaga rumah.

“Bukan kami sengaja tidak mahu pindah. Keadaan sekarang masih selamat. Lagipun saya bimbang rumah dimasuki pencuri.

“Saya turut membina bilik di tingkat atas bagi membolehkan kami menyelamatkan diri jika air naik. Saya akan berpindah ke PPS sekiranya serius dan ada bot sendiri yang dipersiapkan awal,” katanya.

Beberapa penduduk sekitar berbuat demikian bagi melindungi kediaman masing-masing.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 8:28 AM