FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Behrang: Lima belas gerabak membawa muatan simen tergelincir di Stesen Keratapi Behrang, di sini, 4.30 petang tadi.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, bagaimanapun insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

"Sebanyak 40 gerabak membawa muatan simen dan 15 gerabak yang tergelincir," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, punca sebenar kemalangan masih disiasat dan memberitahu tiada gangguan operasi ekoran insiden itu.

Difahamkan 40 gerabak itu bergerak dari Stesen KTMB Tanjung Malim ke Behrang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 9:47 PM