ARMADILO.
ARMADILO.
Agensi

Texas: Seorang lelaki dimasukkan ke hospital selepas cedera di rahang akibat terkena peluru yang melantun setelah dia menembak seekor armadilo.

Lelaki itu menembak haiwan yang terkenal kerana cangkerangnya yang keras selepas melihat binatang itu berkeliaran berhampiran kediamannya di Marietta, awal Khamis lalu.

Dia melepaskan tiga tembakan menyasarkan armadilo itu. Satu peluru itu melantun dan terkena rahangnya.

Lelaki itu dibawa ke hospital dengan helikopter. Setakat ini tidak diketahui keadaan haiwan berkenaan.

Kejadian itu yang kedua seumpamanya tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:36 AM