Francisco hanya mengalami luka ringan walaupun dua kali ditembak dari jarak dekat mensasarkan kepalanya oleh penyerang. FOTO Agensi
Francisco hanya mengalami luka ringan walaupun dua kali ditembak dari jarak dekat mensasarkan kepalanya oleh penyerang. FOTO Agensi
Agensi

Mexico City: Seorang lelaki Mexico boleh menganggap dirinya bertuah kerana masih hidup selepas ditembak dua kali di kepala dalam jarak dekat.

Lelaki dikenali sebagai Francisco oleh media Mexico, sedang bersiar-siar di jalan kawasan kejiranan Gustavo A Madero di Mexico City pada 2 Ogos lalu.

Oddity Central melaporkan dalam kejadian itu tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Carlos N yang menembak kepalanya dalam jarak dekat.

Sebab serangan itu masih belum didedahkan, tetapi perkara yang menjadi tumpuan kebanyakan tajuk berita di media di sana.

Tembakan sekurang-kurangnya dua kali ditujukan ke arah kepala Francisco itu memantul semula menyebabkan mangsa hanya mengalami luka kecil di daging yang menyelaputi bahagian tengkorak.

Sukar untuk menerangkan dengan tepat bagaimana Francisco terselamat daripada serangan itu.

Tetapi menurut beberapa sumber, ia adalah gabungan ajaib beberapa faktor termasuk kemungkinan peluru yang sangat lama digunakan oleh penyerang dan belerang dalam peluru sudah amat lembap.

Ini, digabungkan dengan fakta bahawa pistol itu berkaliber sangat kecil dan mempunyai laras yang sangat pendek, yang menjejaskan halaju dan kuasa tusukan keseluruhan peluru.

Daripada menusuk tengkorak lelaki itu, sebaliknya peluru itu hanya melantun daripada tengkorak mangsa tembakan.

Francisco yang mengalami luka kecil itu sempat memberi amaran kepada beberapa pengawal keselamatan berhampiran supaya segera menangkap penyerang berkenaan.

Buat masa ini, punca serangan masih menjadi misteri, tetapi lelaki Mexico umur pertengahan boleh menganggap dirinya sangat bertuah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 10:57 AM