MAYAT mangsa ditemui terbaring dalam longkang, semalam.
MAYAT mangsa ditemui terbaring dalam longkang, semalam.
Oleh Shamsul Munir Safini

Butterworth: Seorang lelaki warga India dipercayai dijerut sehingga mati sebelum mayatnya dicampak ke dalam longkang di bawah jejambat di Jalan Bagan Dalam, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui orang ramai jam 10.41 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam longkang dengan kesan kecederaan di dagu dan leher.

“Mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui di longkang berkenaan dalam keadaan terbaring tanpa berkasut.

“Kami masih menyiasat motif kejadian dan menunggu laporan forensik. Mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 10:38 AM