SEORANG daripada lelaki yang ditahan dalam kejadian ragut, semalam. Gambar kecil, mangsa ragut. FOTO ihsan pembaca
SEORANG daripada lelaki yang ditahan dalam kejadian ragut, semalam. Gambar kecil, mangsa ragut. FOTO ihsan pembaca
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tiga lelaki yang meragut seorang wanita sehingga kerugian sebanyak RM20,000 tidak sempat berjoli hasil berkenaan selepas ditahan polis sejurus kejadian di Jalan Padang Garong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, ketika mangsa, Zainab Mamat, 59, keluar dari kereta secara tiba-tiba datang seorang lelaki yang terus meragut beg tangannya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, berlaku tarik menarik di antara mangsa dengan suspek.

"Tarikan yang kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan kepala terhantuk dengan kenderaan yang diletak berdekatan kejadian. Akibatnya mangsa mengalami kecederaan luka di lutut, kaki dan pecah bibir atas.

"Selepas mendapat beg tangan itu, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga BLM," katanya tiga lelaki berusia 20-an ditahan sejurus itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 11:46 AM