MANGSA cedera di muka dan badan. FOTO ihsan pembaca
MANGSA cedera di muka dan badan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Seorang wanita berusia 21 tahun cedera di muka dan badan apabila motosikal ditunggangnya terjatuh selepas beg tanganya diragut di Jambatan Pasir Tumboh.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Nor Fazhirah Md Nawawi yang menunggang motosikal bersama adiknya dalam perjalanan ke kedai berhampiran.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki datang dari belakang menghampiri mangsa dan meragut beg tangannya.

“€œMangsa cuba melawan tindakan suspek dan tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

“€œAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, luka di tangan sebelah kiri serta luka dalam mulut,” €katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 6:52 PM