ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas mayat lelaki yang dipercayai dibelasah sehingga mati di Taman Kota Aman, Yong Peng, pagi semalam.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas mayat lelaki yang dipercayai dibelasah sehingga mati di Taman Kota Aman, Yong Peng, pagi semalam.
Oleh Arifin Salleh

Batu Pahat: Dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan dibelasah dua lelaki sehingga mati di Taman Kota Aman, Yong Peng di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an dari Johor Bahru itu ditemui oleh orang ramai kira-kira jam 11 pagi dalam keadaan nazak di tepi jalan taman perumahan berkenaan sebelum mereka menghubungi talian kecemasan.

Sumber berkata, mangsa difahamkan memandu kereta Mercedes Benz berwarna cerah dari arah pekan Yong Peng masuk ke kawasan taman perumahan berkenaan sambil diekori sebuah kenderaan lain.

Katanya, kenderaan terbabit dinaiki dua lelaki berusia awal 50-an kemudian memintas kereta dipandu mangsa setibanya di tempat kejadian sebelum menghampiri dan menarik mangsa keluar dari keretanya.

“Difahamkan, mangsa cuba menjelaskan sesuatu kepada dua lelaki terbabit sebelum cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek yang membelasahnya sehingga rebah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 8:35 AM