YUSRI kecewa dengan prestasi anak buahnya sejak kebelakangan ini. FOTO Berita Perak
YUSRI kecewa dengan prestasi anak buahnya sejak kebelakangan ini. FOTO Berita Perak
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Pengurusan tertinggi Perak FC hari ini tampil memberikan sokongan penuh buat ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah biarpun prestasi skuad itu terumbang-ambing musim ini.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, pengurusannya yakin terhadap kemampuan Yusri dengan mengimbau jasa ketua jurulatih pasukan itu membimbing pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 termasuk menewaskan pasukan hebat seperti Kedah dan Sabah.

Katanya, kejayaan menewaskan Kedah sekali lagi pada Liga Super musim ini membuktikan Perak FC pasukan yang boleh bersaing dan kembali beraksi seperti dijangkakan.

"Kami dengan raa rendah hati memohon maaf atas prestasi ditampilkan pada perlawanan minggu lalu. Seperti semua penyokong sekalian, kami turut sangat kecewa dengan kekalahan ini, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui kualiti Perak FC yang mampu beraksi dengan tahap lebih tinggi.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk meberi sokongan penuh kepada Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah. Pihak pengurusan yakin dengan kemampuannya, dan kita harus ingat sejauh mana kejayaan Yusri membimbing pasukan," katanya.

Terdahulu, Yusri menyifatkan kekalahan 0-2 kepada Penang dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, di sini pada Sabtu lalu sebagai persembahan terburuk pasukannya musim ini selepas meneliti enam perlawanan termasuk satu aksi Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 9:39 PM