GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Seramai 28 pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra di Jalan Ibbetson, di sini, dilaporkan mengalami keracunan, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku selepas pelajar menikmati hidangan ayam tanduri (tandoori) yang dimasak di dapur kantin sekolah terbabit, pada Jumaat lalu.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata, bagaimanapun kesemua pelajar berkenaan sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam selepas mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Seramai 28 pelajar yang terbabit, kesemuanya sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan hanya satu dirujuk ke klinik kesihatan.

"Siasatan masih dilakukan dengan mengesan sampel makanan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Daniel berkata, setakat ini tiada kes baharu dikesan.

Difahamkan, dapur sekolah itu sudah disita mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 9:27 PM