Oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon

Saya pelajar di sebuah institusi pe­ngajian tinggi swasta, tetapi seperti tidak berminat meneruskan pengajian, malah kehidupan ini. Sering kali saya termenung seorang diri dan ada kalanya menangis. Hidup saya seolah-olah sepi dan tidak bermaya.

Apa yang saya lakukan semuanya kosong. Hidup seperti tidak mempunyai tujuan, malah ada kala­nya saya keliru peranan dan tujuan saya di dunia ini.

SEPI,

Pahang

Manusia dilahirkan dengan peranan dan tanggungjawab tertentu. Tanpa peranan dan tanggung­jawab kehidupan akan menjadi tidak terarah. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Manusia juga adalah khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggung­jawab dan tugasan mereka. Tanggung­jawab itu amanah Allah SWT.

Adik tentunya mempunyai peranan dan tanggungjawab. Mungkin sebagai seorang pelajar, anak, rakan dan sebagainya. Laksanakan peranan dan tanggungjawab itu.

Jiwa adik kosong. Bermuhasabah dan membuat refleski diri boleh mengurangkan kekosongan jiwa. Cari sedikit masa adik untuk membuat refleksi diri. Cari apakah peranan dan tanggungjawab adik.

Menjaga kesihatan diri penting dalam memastikan diri berada dalam keadaan yang baik. Amalan beribadah juga amat penting dalam usaha adik mengisi ruang kosong dalam diri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:01 AM