LEAGOO ELITE 3
LEAGOO ELITE 3
Oleh Redzuan Muharam


Leagoo menampilkan model terbaru telefon pintar, Elite 3 yang menjadi satu-satunya keluaran syarikat terkemuka China itu menyokong rangkaian 4G LTE.

Dijual pada harga RM649 (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan GST), Elite 3 yang hanya seberat 175.8 gram, didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih serta mempunyai dua slot kad SIM.

Diperkasa dengan memori RAM satu gigabait (GB), ROM 8GB dan boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 32GB.

Elite 3 yang dikuasai cip pemproses 1.3GHz Quad Core, direka khas untuk peminat selfie kerana mempunyai kamera beresolusi 13 megapiksel (MP) manakala 8MP bagi kamera depan.

Tarikan lain dapat dilihat pada rekaannya yang menawan dengan skrin IPS HD penuh 5.5 inci dan resolusi 1280 x 720, PPI 267 berserta teknologi multi sentuh (multi point capacitive touch).

Telefon pintar itu juga wajar dimililki memandangkan jangka hayat baterinya yang boleh bertahan lama dengan kapasiti 3000mAh.

INFO

LEAGOO ELITE 3

- Harga : RM649

- Pemproses: 1.3GHz Quad Core Processor

- Skrin: IPS HD penuh 5.5 inci dan resolusi 1280 x 720 piksel, PPI 267

- Kamera: 13MP, 8MP (depan)

- RAM: 1GB

- Dimensi: 155.8 x 78.1 x 8.9mm

- Bateri: 3000mAh

- Slot Kad: 2

- Sambungan: GPS, Bluetooth, WiFi, OTG

- Berat: 175.8 g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 10:21 AM