ZTE BLADE V7 LITE
ZTE BLADE V7 LITE
ZTE BLADE V7 MAX
ZTE BLADE V7 MAX
Afiq Hanif


ZTE memperkenalkan dua telefon pintar, Blade V7 Lite dan Max yang kini boleh dibeli pengguna di negara ini.

Blade V7 Lite ditetapkan dengan pemprosesan MediaTek MTK6735P quad core 1.3GHz selain RAM 2GB serta storan 16GB malah tersedia dengan ciri pengesan cap jari walaupun ia versi jauh lebih rendah berbanding Max.

Skrin sesentuh 5 inci tersedia untuk tatapan pengguna manakala kameranya pula 13 megapiksel bersama kamera depan 8 megapiksel.

Rekaan aluminium menjadikan telefon ini menarik perhatian di samping rangkaian LTE berupaya memberikan kelancaran ketika melayari Internet.

Blade V7 Max pula ke depan dengan pemprosesan octa core MediaTek MT6775M 1.8GHz yang digandingkan bersama RAM 3GB.

Versi ini mempunyai kapasiti storan 32GB manakala kameranya pula sedia dengan resolusi 16 megapiksel di belakang sementara kamera depan pula 6 megapiksel.

Skrin 5.5 inci yang ditawarkan cukup memberi pengalaman menonton yang baik, apatah lagi kenipisan peranti 7.2mm menjadikannya selesa ketika dipegang.

Ia juga mempunyai keupayaan mengimbas cap jari.

Blade V7 Lite sudah mula dijual namun Blade V7 Max dijangka memasuki Malaysia selewat-lewatnya awal Jun ini.

INFO

ZTE BLADE V7 LITE

- Harga: RM669

- Rangkaian: LTE - B1/B3/B5/B7/B8/B20(28)/B40(38), UMTS - B1/B5/B8, GSM - B2/3/5/8

- Pemprosesan: MTK6735P quad core 1.3GHz

- OS: Android 6.0

- Dimensi: 143.8x70.2x7.9mm

- Skrin: 5.0 inci, HD, 2.5D

- Kamera: 13MP, 8MP (depan)

- Bateri: 2500mAh

- RAM: 2GB

- Storan: 16GB eMMC

ZTE BLADE V7 MAX

- Harga: RM999

- Pemprosesan: MediaTek MT6775M 1.8GHz

- RAM: 3GB

- Storan: 32GB

- Kamera: 16MP, 6MP (depan)

- Skrin: 5.5 inci HD penuh

- Kenipisan: 7.2mm

- Bateri: 3000mAh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 11:13 AM