HUAWEI P8 LITE
HUAWEI P8 LITE
HUAWEI T1
HUAWEI T1
HUAWEI Y3
HUAWEI Y3
Oleh Afiq Hanif


Huawei melancarkan beberapa peranti baru termasuk P8 Lite, telefon pintar harga murah Y3 dan tablet T1 yang mula dijual sekarang.

P8 Lite dilengkapkan dengan skrin IPS 5.0 inci HD 1280 x 720 piksel dengan kamera 13MP pada bahagian belakang dan 5MP di depan yang hadir bersama apertur 2.0.

Dengan tahap peranti senipis 7.7mm, ia mempunyai keupayaan pemprosesan Kirin 620 octa core 64 bit berkelajuan 1.2GHz di samping RAM sebanyak 2GB dan memori dalaman 16GB, tetapi anda boleh menambah memori terbabit menggunakan slot kad mikroSD.

Satu lagi telefon peringkat permulaan, Huawei Y3 pula mempunyai pemprosesan Spreadtrum 7731 dual core 1.3 GHz, tetapi pada RAM 512MB yang dipasang pada skrin 4.0 inci.

Kamera belakangnya ditetapkan pada 5MP dan kemudian kamera depan pula pada 2MP, tetapi lengkap pula dengan kemudahan dua slot kad SIM.

Tablet terbaru, Huawei T1 mempunyai kemudahan rangkaian kad SIM 3G pada skrin 7.0 inci dengan keupayaan resolusi skrin WSVGA 1024 x 960 piksel.

Ia dioperasikan pemprosesan Spreadtrum SC7731G quad core 1.2GHz dan RAM 1GB.

INFO

HUAWEI P8 LITE

- Harga: RM899

- Skrin: 5.0 inci IPS HD 1280 x 720 piksel

- Kamera: 13MP, 5MP (depan)

- Kenipisan: 7.7mm

- Pemprosesan: Kirin 620 octa core 64 bit 1.2GHz

- RAM: 2GB

- Memori: 16GB, slot kad mikroSD

- Kad SIM: 2 slot, nano

- Bateri: 2200mAh

- OS: Android 5.0 Lollipop, EMUI 3.1

HUAWEI T1

- Harga: RM649

- Skrin: 7 inci WSVGA 1024 x 960 piksel

- Pemprosesan: Spreadtrum SC7731G quad core 1.2GHz

- RAM: 1GB

- Kamera: 2MP (depan belakang)

- Bateri: 4100mAh

- OS: Android 4.4 Kitkat bersama antaramuka EMUI 3.0

HUAWEI Y3

- Harga: RM249

- Pemprosesan: Spreadtrum 7731 dual core 1.3 GHz

- RAM: 512MB

- Skrin: 4 inci

- Kamera: 5MP, 2MP (depan)

- Kad SIM: 2 slot

- Memori: 4GB

- Bateri: 1730mAh

- OS: Android 4.4 KitKat, EMUI 3.0 Lite

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 10:25 AM