Penembak negara, Mohd Hadafi Jaafar (kiri), Muhammad Ezuan Nasir Khan dan Muhamad Zubair Muhamamad (kanan) raih pingat perak acara 10m Air Rifle berpasukan lelaki di Kelab Menembak SAFSA Yishun, Singapura. FOTO Rosli Rahmat

Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi (kiri), Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (kanan) dan Muslifah Zulkifli meraih pingat perak bagi acara 10m Air Riflle wanita di Kelab Menembak SAFSA, Singapura. FOTO Rosli Rahmat

Daripada Lokman Zainal Abidin dan Aziman Rosdi dan Ferzalfi Fauzi di Singapura

Malaysia meraih pingat perak dalam acara menembak 10m air rifle berpasukan wanita menerusi gandingan Nur Suryani Taibi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muslifah Zulkifli selepas mencatat keseluruhan 1222.9 mata.

Pingat emas milik pasukan Singapura dengan 1233.9 mata dan Thailand gangsa selepas memungut 1219.3 mata.

Ayuni sebentar tadi meraih gangsa dalam acara 10m air rifle individu walaupun menduduki tangga keempat dengan 160.7 mata di belakang tiga peserta tuan rumah.

Mengikut peraturan jika tiga penembak teratas dalam acara itu dimenangi atlet dari negara sama, pingat gangsa akan diberikan kepada penembak di tempat keempat.

Sebelum itu Malaysia turut memungut perak di Lapang Sasar Menembak Yishun Safra dalam acara 10m air rifle berpasukan lelaki menerusi kombinasi Muhammad Zubair Mohammad, Muhammad Ezuan Nasir Khan dan Mohd Hadafi Jaafar.

Dengan catatan 1826.9 mata mereka terpaksa berpuas hati berada di belakang penembak Thailand yang mengumpul 1844.0 mata manakala Vietnam ketiga 1818.1 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 2:57 PM