FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Dua lelaki maut selepas terkena tembakan dalam kejadian di luar sebuah kelab malam di Jalan Abdul Razak, Susur 4 di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi, dua lelaki yang juga seorang penjaga kelab malam dan seorang pelanggan, dilaporkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, empat lelaki berusia 23 hingga 31 tahun turut cedera akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah akibat terkena tembakan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu dipercayai lebih 15 das tembakan dilepaskan dan lebih daripada satu senjata api digunakan.

"Sehingga kini polis berjaya menahan lima suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 12:29 PM